Kamu Mahu Kahwin?

Dewasa ini, kita nampaknya begitu bersemangat apabila berbicara mengenai topik ‘pernikahan’. Begitu rancak bagi mereka yang belum menempuh alam yang penuh dengan kebahagiaan itu.. Kehidupan yang sangat diimpikan bagi yang belum bergelar suami isteri... Teringat pula sewaktu belajar subjek pendidikan Islam ketika di tingkatan 5 dulu, sampai je bab ‘pernikahan’, masing-masing tersengih. Terutama yang kawan sekelas lelaki, ish.. ish.. ana pun tak paham daa.. bersemangat pulak tu belajar sampai tak mengantuk langsung. Haha, bila start masuk je subtopik cerai, semua dah pening-pening.
Namun, sedar tak sedar, kita lupa akan satu perkara penting. Sudah bersediakah kita untuk hidup bersama si’dia’? Syaitan selalu membangkitkan angan-angan kosong kepada kita.. AWAS!!!
Firman Allah dalam Surah Al-Mujadilah 58: ayat 19,
“Syaitan telah menguasai mereka lalu menjadikan mereka lupa kepada Allah.”
Kadangkala, perkara kebaikan pun syaitan boleh pusing-pusing sampai kebaikan tu jadi fitnah pula buat diri kita sedangkan kita tidak menyedarinya.
‘didiklah anak kamu sebelum kamu berkahwin’.
Dan jawapannya ana peroleh daripada sebuah kisah ini: Diceritakan daripada ayahanda Imam Abu Hanifah rahimahullah, dia telah mendidik anaknya ini Nu’man bin Tsabit sebelum dilahirkan lagi iaitu dengan menentukan siapakah yang akan menjadi ibu kepada anaknya.
Kerana itu, harus diingat bahawa perwatakan kita pada hari ini, akan memberi kesan kepada perwatakan anak-anak dan pewaris kita pada masa akan datang. Jika kita pada hari ini adalah seorang mat rempit atau minah kepit, maka anak-anak kita pada masa hadapan akan turut jadi mat rempit atau minah kepit yang lebih dahsyat lagi. Nauzubillah.. Dan jika kita pada hari ini adalah seorang hafiz atau hafizah, maka anak-anak kita pada masa hadapan akan menjadi yang lebih baik daripada ibu bapanya. InsyaAllah. Bentuk diri kita dengan sebaiknya supaya kita mampu melahirkan generasi yang soleh dan solehah.









